Cara Check Halal Jakim Paling Mudah Tapi Salah!

Check Halal Jakim

Ada 11 cara mudah untuk check halal Jakim tetapi cara ini salah. Elakkan guna cara ini dan buat rujukan pada sumber status halal yang sahih.

“Staff-staff kat situ orang Islam” atau “ramai staff disitu pakai tudung”.

Jika pekerja-pekerjanya ramai atau ada antaranya beragama Islam atau memakai tudung, ada antara kita akan mudah anggap tempat makan itu halal kerana beranggapan pekerja tersebut mestilah bekerja hanya ditempat yang telah disahkan halal saja.

Kita sendiri maklum peluang pekerjaan waktu ini amat sukar dan mereka juga seperti segelintir dari kita tidak pasti samada tempat itu halal.

“Tempat ni dulu pernah ada sijil halal”.

Ada segelintir dari kita anggap bila sesebuah tempat makan itu pernah dapat sijil halal; tempat tersebut selama-lamanya akan berstatus halal sedangkan sijil halal itu ada tarikh tamat tempoh dan perlu diperbaharui dari masa ke semasa.

Ada juga tempat yang berstatus halal diletakkan Jakim dalam kategori “Dalam Tindakan Pembetulan” atau berstatus “Sijil Halal Ditarik Balik”.

“Cawangan kat x tu ada sijil halal; jadi yang ni mesti ada sijil halal juga”.

Betul ada syarikat yang memilih untuk dapatkan sijil halal untuk kesemua cawanganya.

Tetapi ada juga syarikat yang hanya mendapatkan sijil halal untuk beberapa cawangannya saja.

“Staff tempat tu kata sijil halal masih dalam proses lagi”.

Ada juga segelintir kita tanpa sedar menganggap tempat itu sebagai sudah diiktiraf sebagai halal oleh Jakim sebaik saja tempat itu hantar permohonan sijil halal.

Permohonan tidak menjamin status halal sesebuah tempat makan kerana Jakim boleh menolak permohonan tersebut sekiranya syarat-syarat sijil halal tidak dipenuhi.

“Ramai orang Melayu makan kat sini. Takkan diaorang tak chek dulu”.

“Ramai pengunjung”, “popular”, “ramai orang Melayu makan” tidak menjamin tempat tersebut ada perakuan halal dari Jakim.

“Produk syarikat ni halal. Jadi cafe dia mesti halal juga”.

Terdapat perbezaan antara sijil halal pengilangan dan sijil halal untuk premis makanan. Sijil halal pengilangan akan beri kita kepastian setiap bahan dan proses pengilangan mematuhi hukum syarak.

Sijil halal premis makanan pula merujuk kepada menu, bahan-bahan serta proses penyedian makanan di premis tersebut.

Apabila kita makan di restoren dan cafe yang ada sijil halal; kita pasti yang menu, bahan-bahan dan proses penyediaan makanan serta keadaan kedai tersebut mematuhi tuntutan syarak.

“Banyak Blogger kata tempat ni halal”.

Anda perlu buat penilaian dulu samada Blogger tersebut merujuk kepada sumber yang sah.

Pastikan Blogger tersebut turut nyatakan dengan jelas tarikh dan cara semakan status halal dibuat di portal Jakim. Jika info semakan status halal tiada, sebaiknya anda cari sumber lain yang lebih kukuh.

“Google kata tempat ni halal”.

Kebanyakkan kita tidak sedar Google memaparkan “search results” berdasarkan “relevance” atau “perkaitan” dan “popularity”; maksudnya samada keywords yang anda taip sepadan dengan artikel-artikel yang ada di Google dan yang dicari serta dipilih oleh kebanyakkan orang lain.

Jika ramai orang yang menggunakan keywords seperti yang anda taip “contoh mee sedap halal” dan ramai yang memilih untuk klik website A, website B dan Website C; kesemua website-website ini akan dipaparkan pada anda juga walaupun status halal yang ditulis tidak benar kerana Google tidak dapat menilai kesahihan sesuatu artikel.

“Boss aku / awek aku / boyfriend aku / suami aku / isteri aku / emak ayah aku / kata tempat ni halal”.

Tidak salah jika kita tanya balik pada mereka samada mereka pasti tempat tersebut ada sijil halal. Jika penilaian mereka juga berdasarkan cakap-cakap orang lain atau mereka sendiri tidak pasti, sebaiknya kita dapatkan status halal yang sahih untuk tempat tersebut.

“Tempat tu ada ayat Al-Quran, Nama Allah dan Baginda Nabi Muhammad. Mesti halal.”

Ada segelintir tempat-tempat makan mengambil jalan mudah untuk menarik pelanggan Muslim atau mereka yang mencari tempat makan halal dengan letakkan atau perdengarkan bacaan ayat Al-Quran, menggantung nama Allah dan nama Baginda Nabi Muhammad; walaupun kadang-kadang melihatkan suasana kedai dan pekerjanya kita agak sangsi samada tempat tersebut benar-benar halal.

Cara yang terbaik ialah berkunjung ke tempat yang ada sijil halal dari Jakim kerana tempat tersebut akan diaudit secara berkala oleh Jakim untuk pastikan syarat-syarat sijil halal dipatuhi.

“Aku tawakkal je”.

Kita tidak boleh bertawakkal tanpa berusaha terlebih dahulu.

Jakim ada sediakan portal semakan status halal untuk kita rujuk.