Komen Anda.

Setakat ini saya telah siapkan ulasan status halal untuk lebih 50 tempat makan di seluruh Malaysia dan saya ingin berkongsi apa yang saya lihat melalui website ini.

Setiap komen yang anda lihat disini adalah pandangan peribadi saya.

Ia mungkin tidak sama dengan pandangan anda; namun saya harap sekurang-kurangnya perkongsian saya ini dapat bantu anda jadi pengguna lebih bijak terutama sekali dalam menilai status halal sesebuah tempat makan.

Saya harap anda dapat bantu saya juga dengan berkongsi pandangan anda pula dengan saya.

Mungkin anda rasa ulasan status halal yang telah saya siapkan atau komen yang saya buat perlu diperbaiki atau ditambah dengan info-info lain yang relevan.

Email terus pandangan dan komen anda ke saya, M Nizam Shah di nizam@halaljakim.