Manual Sijil Halal Jakim.

Sijil halal Jakim

Anda dapat lihat disini petikan dari dokumen berkaitan sijil halal Jakim yang bertajuk “Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020”.

Dokumen ini menerangkan kriteria serta syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh setiap perniagaan yang ingin memohon sijil halal dari Jakim.

Selain itu, ada beberapa website turut menggunakan manual ini secara aktif setiap kali buat ulasan status halal tempat makan tertentu; antaranya JomHalal.org untuk ulasan halal versi Bahasa Melayu dan CheckHalal.org untuk ulasan halal dalam Bahasa Inggeris.

Anda digalakkan guna cara yang sama sekiranya pada waktu ini anda menulis secara online status halal tempat-tempat makan di Malaysia.

Manual ini juga khusus untuk anda sekiranya anda pemilik perniagaan, atau akan memulakan perniagaan dan ingin dapatkan sijil halal dari Jakim.

Sebagai “disclaimer” dokumen ini pasti akan dikemaskini oleh Jakim.

Oleh itu, bergantung pada waktu anda membaca artikel ini; ada kemungkinan beberapa info mungkin berubah seperti kemungkinan syarat-syarat baru ditambah atau perubahan pada fi yang dinyatakan di dalam artikel ini.

Namun, petikan dibawah ini sesuai sebagai rujukan permulaan dan rujukan tambahan untuk anda.

Anda juga perlu tahu, tidak kesemua kandungan dokumen manual ini akan dipaparkan di bawah kerana manual ini mengandungi 119 muka surat.

Petikan “Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020” bermula dari sini.

SKIM PENSIJILAN.

Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) terbuka kepada permohonan bagi skim-skim yang berikut:

(1) Produk makanan dan minuman;

(2) Produk kosmetik;

(3) Produk farmaseutikal;

(4) Premis makanan;

(5) Produk barang gunaan;

(6) Perkhidmatan logistik;

(7) Rumah sembelihan;

(8) Pengilangan kontrak/ OEM; dan

(9) Produk peranti perubatan.

SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN.

Setiap permohonan hendaklah memenuhi syarat dan kriteria berikut yang telah ditetapkan Jakim:

(1) Memiliki Perakuan Pendaftaran Perniagaan yang masih sah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Perakuan Pendaftaran Koperasi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau Dokumen Penubuhan di bawah Akta Parlimen atau Kementerian masing-masing dan lain-lain agensi Kerajaan (yang mana berkaitan);

(2) Memiliki lesen atau kelulusan daripada PBT atau surat pengesahanatau surat so kongan yang masih sah daripada mana-mana agensi Kerajaan;

(3) Memiliki Perakuan Pendaftaran Premis Makanan yang masih sah daripada BKKM (jika berkaitan)

(4) Memiliki Skim Pensijilan Veterinar atau surat perakuan atau surat sokongan yang masih sah daripada JPV (jika berkaitan);

(5) Memiliki Lesen Pengilang yang masih sah daripada NPRA (jika berkaitan);

(6) Memiliki Lesen Establismen yang masih sah daripada MDA (jika berkaitan);

(7) Beroperasi sepenuhnya sekurang-kurang tiga (3) bulan sebelum membuat permohonan SPHM bagi permohonan baharu;

(8) Beroperasi sepenuhnya sekurang-kurangnya satu (1) bulan di premis baharu bagi syarikat yang berpindah lokasi;

(9) Mengeluar dan/ atau mengendalikan produk halal sahaja termasuklah produk dagangan (trading product) serta mematuhi piawaian halal yang ditetapkan;

(10) Membuat permohonan SPHM ke atas semua jenis produk atau menu yang masih dihasilkan di premis berkenaan;

(11) Mengemukakan sijil halal yang diiktiraf dan masih sah laku bagi permohonan pembungkusan semula produk; atau mengemukakan dokumen sokongan yang jelas menyatakan sumber bahan (bagi bahan semula jadi sahaja); dan

(12) Nama syarikat, produk, menu, ramuan dan jenama produk yang dimohon hendaklah tidak menggunakan pernyataan ‘halal’ atau sebarang representasi atau diperihalkan dengan cara lain untuk menunjukkan ia boleh digunakan oleh orang Islam.

TIDAK LAYAK MEMOHON.

Mana-mana permohonan yang berikut adalah TIDAK LAYAK:

(1) Produk dan menu yang tidak halal;

(2) Syarikat yang mengeluar dan/ atau mengedar produk halal dan tidak halal (termasuklah perkhidmatan penghantaran makanan);

(3) Penggunaan jenama yang sama bagi produk atau perkhidmatan halal dan tidak halal (tertakluk kepada pemakaian di Malaysia);

(4) Produk atau perkhidmatan yang tidak memiliki standard atau garis panduan untuk dijadikan rujukan;

(5) Produk atau premis makanan yang memberi implikasi negatif terhadap agama dan sosial seperti dadah, shisha, rokok, pewarna rambut, pewarna kuku, pusat karaoke, pusat hiburan dan lain-lain;

(6) Produk semulajadi yang tidak diproses, tidak diubahsuai serta tiada pembungkusan dan pelabelan digunakan seperti ikan segar, sayur-sayuran segar, telur segar dan seumpama dengannya;

(7) Penggunaan nama syarikat, produk, menu dan jenama yang merujuk kepada produk tidak halal atau sinonim atau menyerupai dengan produk tidak halal atau apa-apa istilah mengelirukan seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum, hot dog, char siew dan seumpama dengannya; (Rujuk LAMPIRAN A)

(8) Produk siap dalam dan luar negara yang dilabel semula tanpa menjalani sebarang proses di Malaysia;

(9) Premis makanan yang menyediakan menu yang tidak halal;

(10) Produk di peringkat awal penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang masih belum sedia dikomersialkan;

(11) Produk, menu dan perkhidmatan yang boleh membawa kepada penyelewengan akidah, perkara khurafat dan penipuan;

(12) Hotel yang mempunyai dapur yang menyediakan atau menyajikan menu berasaskan babi; dan

(13) Produk yang tiada keperluan untuk dipersijilkan halal dan/ atau boleh menimbulkan kekeliruan sekiranya dipersijilkan halal seperti baja, kertas, simen, jubin, racun serangga, permaidani dan lain-lain.

PEMPROSESAN.

(1) Setiap permohonan di bawah Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) hendaklah dikenakan bayaran fi sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh (RM20.00) sahaja; dan

(2) Tanpa terikat dengan Prosedur 7 (1) Manual Prosedur ini, setiap permohonan yang melibatkan syarikat dan/ atau pemohon yang berdaftar di luar negara dan menjalankan pengilangan produk di dalam negara hendaklah dikenakan bayaran fi sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM200.00) sahaja.

PENSIJILAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN.

(1) Setiap permohonan baharu dan pembaharuan produk bagi skim Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) hendaklah dikenakan bayaran fi seperti Jadual 1 di bawah:

Kadar Fi Sijil Mengikut Kategori Industri

(2) Tanpa terikat dengan Prosedur 8 (1) Manual Prosedur ini, setiap permohonan yang melibatkan syarikat dan/ atau pemohon yang berdaftar di luar negara dan menjalankan pengilangan produk di dalam negara hendaklah dikenakan bayaran fi seperti Jadual 2 di bawah:

Kadar Fi Sijil Pengilangan Produk

PENSIJILAN PREMIS MAKANAN.

Setiap permohonan baharu dan pembaharuan bagi skim Premis Makanan hendaklah dikenakan bayaran fi seperti Jadual 3, 4 dan 5 di bawah:

Fi Sijil Premis Makanan dan Hotel
Jadual 5 Fi Premis Makanan

PENAMBAHAN MENU.

Setiap permohonan penambahan menu termasuklah menu promosi bagi pemegang SPHM di bawah skim premis makanan hendaklah dikenakan bayaran fi sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM200.00) sahaja bagi tempoh dua (2) tahun.

CETAKAN POSTER LOGO HALAL.

Cetakan poster logo halal bagi pemegang SPHM skim premis makanan hendaklah dikenakan bayaran fi sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) sahaja bagi setiap keping poster.

PENSIJILAN RUMAH SEMBELIHAN.

(Penerangan untuk sijil halal rumah sembelihan tidak dimasukkan di artikel ini).

CETAKAN SEMULA SIJIL.

(1) Setiap permohonan untuk mencetak semula SPHM hendaklah dikenakan bayaran fi sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) sahaja bagi setiap keping sijil; dan

(2) Tanpa terikat dengan Prosedur 13 (1) Manual Prosedur ini, setiap permohonan untuk mencetak semula SPHM yang melibatkan syarikat dan/ atau pemohon yang berdaftar di luar negara dan menjalankan pengilangan produk di dalam negara hendaklah dikenakan bayaran fi sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1000.00) sahaja.

NOTA KONSAINAN.

Setiap permohonanpengeluaran nota konsainan hendaklah dikenakanbayaran fi sebanyakRinggit Malaysia Satu Ratus (RM100.00) sahaja bagi setiap penerima konsainan (consignee).

PEMBAYARAN.

(1) Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah membuat bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja setelah menerima surat caj melalui sistem MYeHALAL;

(2) Kaedah pembayaran fi hendaklah merujuk kepada pihak berkuasa berwibawa yang menguruskan permohonan tersebut secara:

  • Wang pos (postal order);
  • Kiriman wang (money order);
  • Draf bank (bank draft);
  • Bayaran dalam talian (online payment);
  • Cek; atau
  • Tunai.

(3) Pembayaran fi hendaklah dibuat atas nama Ketua Pengarah JAKIM atau MAIN atau JAIN atau Kerajaan Negeri (yang mana berkaitan);

(4) Pembayaran fi cetakan semula SPHM, nota konsainan dan cetakan poster logo halal hendaklah dibuat atas nama Ketua Pengarah JAKIM;

(5) Setiap pembayaran fi yang telah dijelaskan hendaklah dikeluarkan resit bayaran;

(6) Salinan resit pembayaran hendaklah dikemukakan kepada pihak berkuasa berwibawa (Bahagian Pengurusan Halal) yang menguruskan permohonan tersebut (jika berkaitan);

(7) Fi yang telah dibayar hendaklah tidak akan dikembalikan dan hendaklah tidak boleh dipindahkan ke permohonan lain; dan

(8) Pihak berkuasa berwibawa hendaklah berkuasa mengenakan fi tambahan sekiranya maklumat penentuan kadar fi yang dikemukakan oleh syarikat dan/ atau pemohon adalah tidak tepat.

PENGECUALIAN.

Pihak berkuasa berwibawa hendaklah berkuasa mengecualikan bayaran fi bagi mana-mana permohonan yang diuruskan sepenuhnya oleh pihak Kerajaan70

KEPERLUAN UMUM.

Syarikat dan/ atau pemohon SPHM hendaklah mematuhi keperluan umum dalam Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) yang berikut; ada 18 keperluan umum:

(1) Bahan Mentah

(a) Setiap bahan mentah hendaklah dipastikan halal, selamat dan tidak tercemar;

(b) Bahan mentah yang bersumberkan haiwan dan/ atau berasaskan hasilan haiwan hendaklah dipersijilkan halal yang masih sah daripadapihak berkuasa berwibawa atau badan pensijilan halal yang diiktiraf;

(c)Bahan mentah yang bersumberkan haiwan dan/ atau berasaskan hasilan haiwan yang diimport (seperti daging lembu, daging ayam, gelatin dan lain-lain) hendaklah diperolehi daripada rumah sembelihan atau loji pemprosesan yang diluluskan JPV;

(d) Bahan mentah yang tidak dipersijilkan halal atau dipersijilkan halal oleh badan pensijilan yang tidak diiktiraf JAKIM hendaklah mempunyai dokumen sokongan yang lengkap (mengandungi komposisi bahan, carta alir dan sumber bahan mentah);

(e) Setiap bahan mentah hendaklah dapat dikenal pasti pengeluar asal bahan mentah tersebut;

(f) Bahan mentah yang telah menjalani proses tambahan (seperti pemotongan, pra campuran, pembungkusan semula) oleh pihak ketiga termasuklah pembekal atau perantara hendaklah memiliki pensijilan halal yang sah;

(g) Semua bahan mentah hendaklah diisytiharkan dalam borang permohonan MYeHALAL secara terperinci sama seperti label pada bahan mentah tersebut;

(h) Bahan mentah hendaklah mempunyai label yang jelas, terang, boleh difahami serta tertera nama dan pengeluar bahan mentah;

(i) Bahan mentah yang digunakan hendaklah mematuhi keperluan perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa; dan

(j) Laporan analisis bagi penentuan kualiti air hendaklah dikemukakan sekiranya sumber air diperolehi selain daripada Jabatan Bekalan Air(jika berkaitan).

(2) Produk, Menu dan Perkhidmatan.

(a) Produk yang dihasilkan hendaklah tidak menyerupai sebarang bentuk haiwan yang dikategorikan sebagai najis mughallazah, berunsurkan keagamaan dan memberi implikasi negatif kepada Pensijilan Halal Malaysia;

(b) Semua produk atau menu yang masih dihasilkan hendaklah dimohon SPHM;

(c) Nama produk atau menu yang diisytiharkan dalam borang permohonan MYeHALAL hendaklah sama sepertimana label produk atau paparan menu;

(d) Produk, menu dan perkhidmatan yang dimohon SPHM hendaklah dihasil atau dikendalikan secara konsisten serta mempunyai rekod pemprosesan dan/ atau pengendalian yang dikemas kini;

(e) Produk, menu dan perkhidmatan boleh digugurkan daripada senarai permohonan SPHM sekiranya tidak diproses atau tiada sebarang pengendalian perkhidmatan sepanjang tempoh sah laku SPHM terdahulu;

(f) Sukatan dan timbangan produk hendaklah memenuhi kadar kandungan atau kuantiti sepertimana dinyatakan pada label produk;

(g) Produk, menu dan perkhidmatan yang diproses atau dikendalikan hendaklah mematuhi keperluan perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa;dan

(h) Produk atau menu yang masih di peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) tetapi telah sedia untuk dikomersialkan hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang berikut:

  • Bahan mentah telah tersedia dan dapat disemak semasa pengauditan atau pemantauan Pensijilan Halal Malaysia;
  • Tiada perubahan pada bahan mentah atau ramuan dan pelabelan;
  • Telah dijalankan ujian percubaan (trial run atau pilot run) di aliran pengeluaran (production line); dan
  • Diluluskan oleh pihak pengurusan syarikat.
  • Tiada perubahan pada bahan mentah atau ramuan dan pelabelan; (iii)Telah dijalankan ujian percubaan (trial run atau pilot run) di aliran pengeluaran (production line); dan(iv) Diluluskan oleh pihak pengurusan syarikat.

(3) Pemprosesan.

(a) Segala aktiviti berkaitan penyediaan dan pemprosesan bahan mentah, produk, menu atau perkhidmatan hendaklah memenuhi keperluan Hukum Syarak, perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa;

(b) Kawasan pemprosesan hendaklah bebas daripada sebarang bahan mentah atau produk tidak halal atau diragui status halal;

(c) Kawasan pemprosesan hendaklah tidak digunakan untuk tujuan lain selain daripada pemprosesan dan pengendalian produk yang dipersijilkan halal melainkan mekanisme kawalan halal dilaksanakan;

(d) Kawasan pemprosesan hendaklah bebas daripada sebarang aktiviti penghasilan produk untuk tujuan keagamaan yang memberi implikasi negatif kepada Pensijilan Halal Malaysia seperti penghasilan minyak sembahyang;

(e) Pemprosesan dan pengendalian hendaklah memenuhi keperluan amalan kebersihan yang baik seperti GHP dan/ atau amalanpengilangan yang baik seperti GMP;

(f) Kawasan pemprosesan hendaklah berada dalam keadaan bersih dan teratur pada setiap masa; dan

(g) Bahan kimia beracun atau berbahaya, bahan pencuci, peralatan dan barangan yang tidak berkaitan hendaklah tidak diletak atau disimpan bersama bahan mentah dan produk di kawasan pemprosesan tanpa kawalan.

(4) Penyimpanan.

(a) Penyimpanan hendaklah dikhususkan untuk bahan mentah dan produk halal sahaja termasuklah produk dagangan (trading product);

(b) Penyimpanan bahan mentah, produk siap, bahan atau produk R&D, reject item dan lain-lain bahan seperti peralatan dan bahan kimia bukan makanan hendaklah diasing dan dilabelkan;

(c) Peralatan, bahan dan produk yang tidak berkaitan dengan pemprosesan atau penghasilan produk hendaklah tidak disimpan bersama-sama bahan mentah dan produk siap;

(d) Semua bahan dan produk hendaklah disimpan mengikut keperluan sifat bahan dan produk (nature of product) tersebut;

(e) Kawasan penyimpanan hendaklah berada dalam keadaan bersih dan teratur pada setiap masa;

(f) Kawasan penyimpanan hendaklah mempunyai prosedur dan rekod yang lengkap serta mempunyai penandaan yang jelas;

(g) Semua bahan dan produk hendaklah disusun atur dan dikawal selia dengan baik bagi memudahkan aktiviti pembersihan. Penggunaan alas seperti pallet perlulah bersesuaian;

(h) Kontrak atau perjanjian bertulis atau persetujuan bersama hendaklah diperolehi sekiranya penyimpanan diuruskan oleh pihak ketiga. Keutamaan hendaklah diberikan kepada penyedia perkhidmatan penggudangan yang memiliki SPHM;

(i) Sebarang aktiviti penyimpanan bahan mentah atau produk hendaklah mematuhi keperluan perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa; dan

(j) Proses sertu hendaklah dijalankan sekiranya kawasan penyimpanan tercemar dengan najis mughallazah.

(5) Peralatan dan Perkakasan.

(a) Peralatan dan perkakasan hendaklah digunakan untuk pemprosesan dan pengendalian bahan mentah, produk dan perkhidmatan halal sahaja;

(b) Peralatan dan perkakasan yang boleh memberikan implikasi negatif terhadap Pensijilan Halal Malaysia seperti penggunaan peralatan dan perkakasan berlabelkan produk arak hendaklah tidak digunakan;

(c) Peralatan dan perkakasan daripada sumber haiwan hendaklah tidak digunakan kecuali yang dikenal pasti status halal seperti penapis air, berus bulu, pinggan mangkuk dan lain-lain;

(d) Peralatan dan perkakasan hendaklah sentiasa dalam keadaan baik, bersih, bebas daripada najis, tidak mempunyai sebarang bahan mudarat (seperti toksik dan karat) dan tidak memberi kesan sampingan negatif terhadap produk serta pengendali;

(e) Peralatan dan perkakasan hendaklah mempunyai prosedur pembersihan dan penyelenggaraan secara berkala dan berjadual supaya sentiasa berkeadaan baik terutamanya alat timbang dan sukat;

(f) Peralatan dan perkakasan yang rosak atau tidak digunakan hendaklah dikenal pasti, dikeluar atau diasingkan;

(g) Peralatan dan perkakasan yang digunakan hendaklah bersesuaian serta mematuhi keperluan perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa; dan

(h) Proses sertu hendaklah dijalankan sekiranya peralatan dan perkakasan tercemar dengan najis mughallazah.

(6) Pembungkusan, Pelabelan dan Pengiklanan.

(a) Bahan pembungkusan dan pelabelan hendaklah dipastikan halal, tidak mencemarkan produk dan selamat untuk kegunaan manusia;

(b) Pembungkusan, pelabelan dan pengiklanan hendaklah tidak melanggar prinsip-prinsip Hukum Syarak, tidak menonjolkan unsur-unsur tidak sopan yang bertentangan moral dan memberi implikasi negatif kepada Pensijilan Halal Malaysia;

(c) Pelabelan serta pengiklanan produk dan perkhidmatan hendaklah tidak menggunakan pernyataan, lambang, istilah atau nama yang berunsurkan keagamaan dan ketuhanan seperti nama-nama Allah, makanan sunnah, dewa dan seumpamanya;

(d) Sebarang bentuk rajah atau iIustrasi haiwan yang dikategorikan sebagai najis mughallazah, berunsurkan keagamaan dan memberi implikasi negatif kepada Pensijilan Halal Malaysia hendaklah tidak digunakan;

(e) Pelabelan produk hendaklah sama sepertimana nama produk yang diisytiharkan dalam borang permohonan MYeHALAL;

(f) Label pembungkusan hendaklah dicetak dengan terang dan jelas serta tidak mudah dipadamkan;

(g) Sebarang tuntutan pada label produk hendaklah mematuhi perundangan dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan;

(h) Pembungkusan, pelabelan dan pengiklanan hendaklah mematuhi piawaian, perundangan dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan;

(i) Pelabelan produk yang diproses dan dibungkus dalam negara hendaklah menggunakan Bahasa Melayu dan boleh termasuk terjemahannya dalam mana-mana bahasa lain; dan

(j) Maklumat-maklumat yang berikut hendaklah dipamerkan pada label produk:

  • Nama produk;
  • Nama dan alamat pemegang SPHM; dan
  • Logo Halal Malaysia berserta nombor MS dan nombor rujukan fail (10 angka terakhir) >

(Nota: Contoh logo Jakim yang tertera pada manual tidak disertakan di artikel ini).

(7) Pengangkutan dan Pengedaran.

(a) Pengangkutan dan pengedaran hendaklah untuk kegunaan bahan mentah dan produk halal sahaja;

(b) Pengangkutan yang bersesuaian hendaklah digunakan mengikut keperluan sifat bahan mentah dan produk (nature of product);

(c) Pengangkutan hendaklah dipastikan berada dalam keadaan bersih dan terkawal pada setiap masa;

(d) Kontrak atau perjanjian bertulis atau persetujuan bersama hendaklah diperolehi sekiranya pengangkutan dan pengedaran diuruskan oleh pihak ketiga. Keutamaan hendaklah diberikan kepada penyediaperkhidmatan pengangkutan yang memiliki SPHM;

(e) Sebarang aktiviti pengangkutan dan pengedaran bahan mentah atau produk hendaklah mematuhi keperluan perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa; dan

(f) Proses sertu hendaklah dijalankan sekiranya pengangkutan tercemar dengan najis mughallazah.

(8) Premis.

(a) Kawasan premis termasuklah di pejabat, kantin dan tempat tinggal pekerja hendaklah dipastikan bebas daripada bahan mentah dan produk tidak halal seperti arak dan daging babi;

(b) Sistem pengawalan yang berkesan hendaklah diwujudkan untuk mengelakkan pencemaran dari premis pemprosesan produk tidak halal, loji kumbahan najis, pusat penternakan haiwan dan lain-lain;

(c) Premis hendaklah berpagar atau mempunyai mekanisme pengawalan bagi mencegah haiwan peliharaan atau liar, serangga dan haiwan perosak daripada memasuki atau berada di dalam kawasan premis tersebut;

(d) Premis hendaklah dalam keadaan baik, bersih dan kemas pada setiap masa;

(e) Lantai, dinding, siling, kipas, penghawa dingin, tingkap dan pintu hendaklah berkeadaan bersih dan tidak menyumbang kepada pencemaran;

(f) Alas bersesuaian seperti pallet hendaklah digunakan di kawasan pemprosesan untuk mengelakkan bahan mentah dan produk diletakkan secara terus di atas lantai;

(g) Pengudaraan dan pencahayaan hendaklah mencukupi dan bersesuaian;

(h) Lampu yang digunakan hendaklah dalam keadaaan baik, bersih dan berpenutup (jika berkaitan) di kawasan pemprosesan;

(i) Premis hendaklah memenuhi keperluan amalan pengilangan yang baik seperti VHM dan GMP;

(j) Pelan susun atur premis hendaklah disediakan. Susun atur hendaklah mengelakkan pencemaran silang, memudah aktiviti pembersihan,memudahkan proses pengeluaran atau pengendalian bahan mentah dan produk serta mematuhi kehendak keselamatan dan kesihatan pekerja;

(k)Tempat tinggal pekerja hendaklah tidak berada di dalam kawasan premis. Namun sekiranya perlu, hendaklah mematuhi keperluan yang berikut:

  • Tinggal di bangunan berasingan dari kawasan pemprosesan; atau
  • Jika di bangunan yang sama, hendaklah mempunyai laluan masuk yang berasingan ke kawasan pemprosesan;
  • Tiada laluan terus dari tempat tinggal pekerja ke kawasan pemprosesan; dan
  • Mempunyai mekanisme pengawalan keluar masuk pekerjayang berkesan.

(l) Sistem saliran dan perparitan hendaklah berada dalam keadaan bersih dan diselenggara dengan sempurna;

(m) Premis pemprosesan dan pengendalian produk yang dipersijilkan halal hendaklah mematuhi keperluan perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa; dan

(n) Proses sertu hendaklah dijalankan sekiranya berlaku pencemarandengan najismughallazah.

(9) Pekerja.

(a) Jumlah pekerja Muslim hendaklah mencukupi mengikut keperluan kategori permohonan;

(b) Kebersihan diri hendaklah sentiasa berada pada tahap yang baik;

(c) Pakaian pekerja hendaklah bersih, sopan dan bersesuaian;

(d) Barangan peribadi, makanan dan minuman pekerja hendaklah tidak dibawa masuk ke kawasan pemprosesan;

(e) Kelengkapan pelindungan peribadi (personal protective equipment) yang bersesuaian dengan kehendak pekerjaan seperti penutup kepala, sarung tangan, pelindung muka, kaca mata keselamatan dan lain-lain hendaklah dibekalkan kepada setiap pekerja;

(f) Pekerja hendaklah tidak melakukan apa-apa perbuatan, kelakuan dan tindakan yang boleh menyebabkan pencemaran terhadap bahan dan produk seperti merokok atau meludah;

(g) Pelantikan dan pengambilan pekerja hendaklah mematuhi keperluan perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa; dan

(h) Hendaklah mengamalkan kod etika pekerja dan Amalan Kebersihan Yang Baik (GHP) sepertimana yang ditetapkan di bawah peraturan pihak berkuasa yang berkaitan.

(10) Sanitasi.

(a) Pembersihan di kawasan pemprosesan hendaklah dilakukan secara berjadual;

(b) Persekitaran premis hendaklah berkeadaan bersih dan terhindar daripada faktor yang boleh mencemarkan premis;

(c) Kawalan makhluk perosak (pest control) hendaklah dilaksanakan secara berkala menggunakan kontraktor luar atau secara dalaman serta perlu direkodkan;

(d) Kemudahan mencuci tangan hendaklah disediakan dan berfungsi dengan baik serta mempunyai alatan sanitasi yang bersesuaian seperti sabun dan tisu;

(e) Tong sampah yang disediakan hendaklah mencukupi, berkeadaan baik dan berpenutup. Digalakkan menggunakan tong sampah daripada jenis bebas tangan (hands free atau foot pedal);

(f) Tandas hendaklah mempunyai prosedur pembersihan, berkeadaan bersih, tidak berbau, tidak rosak dan tidak terbuka secara langsung kepada kawasan pemprosesan; dan

(g) Prosedur pembuangan bahan dan pelupusan sisa buangan hendaklah diuruskan dengan baik,teratur serta mematuhi perundangan dan peraturan pihak berkuasa berkaitan.

(11) Kemudahan dan Kebajikan Pekerja.

(a) Bilik atau ruang solat kepada pekerja Muslim hendaklah disediakan di lokasi yang munasabah, mempunyai keluasan yang bersesuaian dan diselenggara dengan baik;

(b) Pekerja Muslim hendaklah diberikan pelepasan dan diperuntukkan masa yang sewajarnya untuk menunaikan solat fardhu termasuklah solat Jumaat;

(c) Bilik atau ruang persalinan untuk pekerja hendaklah disediakan sewajarnya;

(d) Ruang makan atau rehat untuk pekerja perlulah disediakan dengan sewajarnya; dan

(e) Kemudahan penyimpanan barang peribadi pekerja hendaklah disediakan.

(12) Latihan.

(a) Latihan kesedaran halal kepada pekerja baharu hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh lantikan;

(b) Latihan kesedaran halal hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sekali kepada semua pekerja yang terlibat dengan aktiviti pemprosesan dan/ atau perkhidmatan;

(c) Latihan kesedaran halal hendaklah merangkumi skop berkaitan konsep halal dan prosedur Pensijilan Halal Malaysia, dan dikendalikan oleh organisasi atau individu yang berdaftar di bawah HPB JAKIM;

(d) Latihan kesedaran halal boleh dipanjangkan kepada pihak ketiga yang berkaitan seperti pemilik jenama, pembekal, penyedia pengangkutan dan lain-lain yang difikirkan perlu;

(e) Latihan kompetensi halal hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sekali kepada semua ahli Jawatankuasa Halal Dalaman yang dilantik secara rasmi oleh pihak pengurusan tertinggi syarikat;

(f) Latihan kompetensi halal hendaklah dikendalikan oleh Penyedia Latihan Halal yang berdaftar di bawah HPB JAKIM atau pihak berkuasa berwibawa yang merangkumi skop berikut:(i) Pemahaman Syariah dan fatwa; (ii) Malaysian Standard(MS); (iii)Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia;(iv)Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS);(v)Perundangan berkaitan halal; dan(vi)Ramuan kritikal (jika berkaitan).

(g) Pengurusan syarikat hendaklah menyediakan dana kewangan dan prasarana yang mencukupi bagi tujuan pelaksanaan latihan; dan

(h) Rekod latihan kesedaran halal dan latihan kompetensi hendaklah disimpan dengan baik, dikemas kini dan mudah untuk dirujuk semasa pengauditan atau pemantauan Pensijilan Halal Malaysia.

(13) Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS).

(a) Pembangunan, pelaksanaan dan pengekalankawalan halal berdasarkan Manual MHMS 2020; dan

(b) Penyeliaan dan pemantauanberterusan terhadap keperluan Pensijilan Halal Malaysia hendaklah dilaksanakan untuk memastikan kelangsungan kawalan halal dalaman syarikat.

(14) Dokumentasi dan Rekod.

(a) Dokumen dan rekod hendaklah sentiasa disimpan dengan baik, dikemas kini dan mudah untuk dirujuk semasa pengauditan atau pemantauan Pensijilan Halal Malaysia;

(b) Dokumen dan rekod berkaitan halal hendaklah disediakan semasa pengauditan atau pemantauan Pensijilan Halal Malaysia dan tidak terhad kepada senarai yang berikut:(i) Fail permohonan halal; (ii) Fail MHMS;(iii) Salinan sijil halal syarikat (jika berkaitan);(iv) Rekod pekerja;(v) Rekod latihan halal;(vi) Rekod pembelian bahan mentah; (vii) Rekod kawalan makhluk perosak; (viii) Rekod pemprosesan produk; (ix) Rekod pengauditan atau pemantauan Pensijilan Halal Malaysia terdahulu; dan (x)Lain-lain dokumen dan rekod yang berkaitan keperluan Pensijilan Halal Malaysia.

(c) Dokumen dan rekod hendaklah disimpan sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga (3) tahun; dan

(d) Permohonan baharu SPHM hendaklah memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dokumen dan rekod untuk tujuan pengauditan Pensijilan Halal Malaysia.

(15) Alat dan Unsur Penyembahan.

Sebarang alat dan unsur penyembahan hendaklah tidak berada di dalam kawasan pemprosesan.

(16) Pematuhan Undang-undang dan Peraturan.

(a) Operasi perniagaan hendaklah mematuhi semua perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa;

(b) Manual MHMS 2020, MS, fatwa, prosedur dan pekeliling yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa berwibawa hendaklah dipatuhi; dan

(c) Pihak berkuasa berwibawa berkuasamenolak mana-mana permohonan atau mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu ke atas syarikat dan/ atau pemohon yang didapati menyalahi perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa.

(17) Pengilangan Kontrak/ OEM.

(a) Pihak yang menjalankan pengilangan kontrak/ OEM hendaklah membuat permohonan dan memperolehi SPHM di bawah skim pengilangan kontrak/ OEM sebelum layak menawarkan perkhidmatan pengilangan produk kepada syarikat lain; dan

(b) Mana-mana syarikat dan/ atau pemohonSPHM hendaklah memastikan pihak yang dilantik untuk menjalankan pengilangan produk secara kontrak memiliki SPHM di bawah skim pengilangan kontrak/ OEM terlebih dahulu.

KEPERLUAN KHUSUS.

Syarikat dan/ atau pemohon SPHM hendaklah mematuhi keperluan khusus dalam Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) yang berikut:

(Nota: Hanya petikan manual berkaitan produk makanan dan minuman serta premis makanan dipaparkan di artikel ini).

(1) Skim Produk Makanan dan Minuman.

(a) Setiap premis hendaklah memiliki Perakuan Pendaftaran Premis Makanan yang masih sah daripada BKKM;

(b) Setiap pengendali makanan hendaklah memiliki Sijil Latihan Pengendali Makanan dari pada institusi yang diiktiraf oleh KKM;

(c) Setiap pengendali makanan hendaklah mendapatkan suntikan vaksinasi anti tifoid yang masih sah daripada pengamal perubatan berdaftar;

(d) Setiap produk yang mengandungi gabungan ubat dan makanan (food-drug interphase) hendaklah mengemukakan surat pengkelasan produk daripada NPRA (jika berkaitan);

(e) Keperluan MS 1500:2019 Halal Food-General Requirements(Third Revision), Akta Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 serta lain-lain perundangan dan peraturan terkini yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa berkaitan hendaklah dipatuhi; dan

(f) Keperluan pekerja Muslim hendaklah dipatuhi dan MHMS hendaklah dilaksanakan secara berkesan dengan memenuhi elemen yang berikut:

Industri Besar dan Sederhana.

a. Minimum dua (2) orang pekerja Muslim warganegara Malaysia, berjawatan tetap hendaklah dilantik dan bertugas di kawasan pemprosesan sepanjang tempoh operasi atau syif;

b. Eksekutif Halal hendaklah dilantik di setiap cawangan premis;

c. Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah ditubuhkan bagi premis dan setiap cawangan premis yang mempunyai pengurusan operasi berbeza; dan

d. HAS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020.

Industri Kecil.

a. Minimum seorang (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia, berjawatan tetap hendaklah dilantik dan bertugas di kawasan pemprosesan sepanjang tempoh operasi atau syif;

b. Penyelia Halal hendaklah dilantik di premis; dan

c. IHCS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020.

Industri Mikro.

a. Minimum seorang (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia, berjawatan tetap hendaklah dilantik dan bertugas di kawasan pemprosesan sepanjang tempoh operasi atau syif; dan

b. IHCS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020.

(2) Skim Produk Kosmetik.

(Petikan manual tidak dipaparkan di artikel ini).

(3) Skim Produk Farmaseutikal.

(Petikan manual tidak dipaparkan di artikel ini).

(4) Skim Premis Makanan.

(a) Memiliki Perakuan Pendaftaran Premis Makanan yang masih sah daripada BKKM;

(b) Setiap pengendali makanan hendaklah memiliki Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang diiktiraf oleh KKM;

(c) Setiap pengendali makanan hendaklah mendapatkan suntikan vaksinasi anti tifoid yang masih sah daripada pengamal perubatan berdaftar;

(d) Keperluan MS 1500:2019 Halal Food-General Requirements(Third Revision), Akta Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 serta lain-lain perundangan dan peraturan terkini yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa berkaitan hendaklah dipatuhi;

(e) Premis makanan yang mempunyai dapur berpusat hendaklah memiliki SPHM terlebih dahulu di bawah skim produk makanan dan minuman;

(f) Premis makanan berangkai yang menggunakan jenama yang sama hendaklah membuat permohonan SPHM bagi setiap rangkaian premis dan permohonan hendaklah diuruskan secara berpusat;

(g) Menu yang diisytiharkan pada borang permohonan MYeHALALhendaklah sama sepertimana dinyatakan pada paparan menu;

(h) Memohon SPHM bagi semua menu yang disediakan di premis makanan. Menu yang tidak diisytiharkan hendaklah dibuat permohonan penambahan menu;

(i) MHMS hendaklah dibangun dan dilaksanakan secara berkesan dengan merujuk kepada Manual MHMS 2020; dan

(j) Premis makanan hendaklah memenuhi keperluan tambahan yang berikut:

Hotel (Dapur dan/ atau Restoran)

a. Minimum dua (2) orang pekerja Muslim berjawatan tetap hendaklah dilantik bagi setiap dapur dan bertugas sepanjang tempoh operasi atau syif;

b. Eksekutif Halal hendaklah dilantik bagi setiap cawangan hotel;

c. Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah ditubuhkan bagi setiap cawangan hotel;

d. HAS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020;

e. Senarai semua dapur dan/ atau restoran yang beroperasi di hotel hendaklah dikemukakan;

f. Penentuan bilangan dapur hotel yang dimohon SPHM hendaklah berdasarkan kawasan atau ruang dapur yang memiliki laluan keluar masuk (entry access) yang khusus atau spesifik; (Rujuk LAMPIRAN B)

g. Dapur yang dipersijilkan halal hendaklah mempunyai pengasingan yang jelas dengan dapur yang tidak dipersijilkan halal serta mempunyai mekanisme kawalan halal yang berkesan;

h. Makanan dan minuman yang dibekalkan untuk peserta program dan penginap hotel hendaklah dari dapur yang memiliki SPHM;

i. Hidangan dari dapur yang dipersijilkan halal hendaklah tidak bercampur dengan hidangan dari dapur yang tidak dipersijilkan halal; dan

j. Makanan dan minuman yang dibekalkan ke restoran yang dipersijilkan halal hendaklah dari dapur yang memiliki SPHM termasuklah dapur terbuka (open kitchen).

Restoran atau Kafe, Kantin dan Kedai Bakeri.

a. Minimum seorang (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia berjawatan tetap hendaklah dilantik bagi setiap premis makanan dan bertugas sepanjang tempoh operasi atau syif;

b. Penyelia Halal hendaklah dilantik di premis makanan;

c. IHCS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020;

d. Makanan dan minuman hendaklah disediakan di dapur yang dipersijilkan halal; dan

e. Syarikat dan/ atau pemohon yang mempunyai minimum tiga (3) restoran atau kafe, kantin dan kedai bakeri menggunakan jenama sama hendaklah memenuhi keperluan premis makanan berangkai [klausa 18 (4) (j)(iii)]

Premis Makanan Berangkai.

a. Minimum seorang (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia berjawatan tetap hendaklah dilantik bagi setiap premis makanan dan bertugas sepanjang tempoh operasi atau syif;

b. Eksekutif Halal hendaklah dilantik di peringkat pengurusan syarikat atau dapur berpusat;

c. Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah ditubuhkan di peringkat pengurusan syarikat atau dapur berpusat; dan

d. HAS hendaklah dibangun di peringkat pengurusan syarikat dan dilaksana di setiap premis makanan berdasarkan Manual MHMS 2020.

Katering dan/ atau Khidmat Penyajian Makanan dan Dapur Pusat Konvensyen.

a. Industri Besar dan Sederhana

  • Minimumdua (2) orang pekerja Muslim berjawatan tetap hendaklah dilantik bagi setiap dapur atau penyediaan makanan dan minumansepanjang tempoh operasi atau syif;
  • Eksekutif Halal hendaklah dilantik di setiap premis makanan;
  • Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah ditubuhkan bagi premis makanan dan setiap cawangan premis makanan yang mempunyai pengurusan operasi berbeza;
  • HAS hendaklah dibangun dan dilaksanaberdasarkan Manual MHMS 2020;
  • Makanan dan minuman hendaklah disediakan di dapur yang dipersijilkan halal; dan
  • Permohonan hendaklah merangkumi keseluruhan dapur premis.

b. Industri Kecil

  • Minimum seorang(1) pekerja Muslimwarganegara Malaysia berjawatan tetap hendaklah dilantik bagi setiap premis makanan dan bertugas sepanjang tempoh operasi atau syif;
  • Penyelia Halal hendaklah dilantik di premis makanan;
  • IHCS hendaklah dibangun dan dilaksanaberdasarkan Manual MHMS 2020;
  • Makanan dan minuman hendaklah disediakan di dapur yang dipersijilkan halal; dan
  • Permohonan hendaklah merangkumi keseluruhan dapur premis.

Premis Bergerak.

a. Syarikat dan/ atau pemohon yang membuat permohonan SPHM hendaklah menjalankan penyediaan dan pemprosesan sepenuhnya di premis bergerak berkenaan atau memiliki dapur berpusat;

b. Minimum seorang (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia berjawatan tetap hendaklah dilantik dan bertugas di kawasan pemprosesan sepanjang tempoh operasi atau syif;

c. IHCS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020;

d. Premis hendaklah beroperasi mengikut lokasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan;

e. Makanan dan minuman hendaklah disediakan di dapur yang dipersijilkan halal;

f. Tempat simpanan khusus (seperti stor simpanan) untuk bahan ramuan dan peralatan hendaklah disediakan bagi premis bergerak yang menjalankan penyediaan dan pemprosesan sepenuhnya di premis bergerak tersebut; dan

g. Syarikat dan/ atau pemohon yang mempunyai minimumtiga (3) premis bergerak jenama sama hendaklah memenuhi keperluan premis makanan berangkai [klausa 18 (4) (j) (iii)].

Kafeteria di Medan Selera (Pengurusan Secara Berpusat).

a. Permohonan SPHM hendaklah diuruskan oleh pihak pengurusan medan selera;

b. Minimum seorang (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia berjawatan tetap hendaklah dilantik dan bertugas di kawasan pemprosesan sepanjang tempoh operasi atau syif;

c. Eksekutif Halal hendaklah dilantik di peringkat pengurusan;

d. Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah ditubuhkan. Wakil penyewa medan selera hendaklah menjadi salah seorang ahli Jawatankuasa Halal Dalaman;

e. HAS hendaklah dibangun di peringkat pengurusan dan dilaksana di setiap premis makanan berdasarkan Manual MHMS 2020; dan

f. Makanan dan minuman hendaklah disediakan di dapur yang dipersijilkan halal.

Kiosk.

a. Minimum seorang (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia berjawatan tetap hendaklah dilantik bagi setiap premis makanan dan bertugas sepanjang tempoh operasi atau syif;

b. IHCS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020;

c. Makanan dan minuman hendaklah disediakan di dapur yang dipersijilkan halal; dan

d. Syarikat dan/ atau pemohon yang mempunyai minimumtiga (3) kiosk menggunakan jenama sama hendaklah memenuhi keperluan premis makanan berangkai [klausa 18 (4) (j) (iii)].

(5) Skim Produk Barang Gunaan.

(Penerangan tidak disertakan pada artikel ini).

(6) Skim Perkhidmatan Logistik.

(Penerangan tidak disertakan pada artikel ini).

(7) Skim Rumah Sembelihan.

(Penerangan tidak disertakan pada artikel ini).

(8) Skim Pengilangan Kontrak/ OEM.

(Penerangan tidak disertakan pada artikel ini).

(9) Skim Produk Peranti Perubatan.

(Penerangan tidak disertakan pada artikel ini).

Prosedur Permohonan.

Permohonan Baru.

(1) Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah memenuhi syarat dan kriteria permohonan sebagaimana yang dinyatakan di bawah Prosedur 5, ManualProsedur ini;

(2) Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah mendaftar akaun pengguna sistem MYeHALAL di www.halal.gov.my sebelum membuat permohonan SPHM. Kelayakan pendaftaran akaun pengguna sistem MYeHALAL adalah berdasarkan nombor pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau Dokumen Penubuhan di bawah Akta Parlimen atau Kementerian masing-masing dan lain-lain agensi Kerajaan (yang mana berkaitan); (Rujuk LAMPIRAN D)

(3) Pendaftaran akaun pengguna sistem MYeHALAL akan disahkan oleh pihak berkuasa berwibawa dalam tempoh 24 jam hari bekerja;

(4) Permohonan SPHM hendaklah dilakukan secara dalam talian (online) melalui sistem MYeHALAL setelah akaun pengguna disahkan;

(5) Borang permohonan MYeHALAL hendaklah diisi dengan lengkap dan menepati keperluan yang berikut:

(a) Skim dan kategori permohonan hendaklah dipilih dengan betul;

(b) Semua maklumat hendaklah diisi dengan tepat, terperinci dan menyeluruh merangkumi maklumat syarikat dan/ atau pemohon, bahan mentah atau ramuan, pengeluar, produk, menu, perkhidmatan dan lain-lain yang berkaitan;

(c) Bahan mentah atau ramuan dan produk yang menggunakan kod hendaklah disertakan nama sebenar (bukan hanya trade name);

(d) Setiap permohonan hendaklah tidak melebihi 100 produk bagi semua skim Pensijilan Halal Malaysia kecuali skim premis makanan, skim perkhidmatan logistik dan skim pengilangan kontrak/ OEM;

(e) Nama produk atau menu yang didaftarkan hendaklah sama sepertiyang tertera pada label pembungkusan dan/ atau paparan menu; dan

(f) Nama produk atau menu dalam bahasa asing hendaklah diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan/ atau Bahasa Inggeris.

(6) Dokumen sokongan yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa berwibawa (seperti yang dinyatakan di dalam sistem MYeHALAL pemohon) dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah borang permohonan MYeHALAL dihantar secara dalam talian (online);

(7) Pihak berkuasa berwibawa hendaklah menolak permohonan dan dokumensokongan yang tidak lengkap serta tidak mengikut skim dan kategoriPensijilan Halal Malaysia yang betul;

(8) Permohonan hendaklah diuruskan oleh pihak berkuasa berwibawa berdasarkan skim Pensijilan Halal Malaysia dan alamat pengilang. Syarikat dan/ atau pemohon boleh mengetahui pihak berkuasa berwibawa yang menguruskan permohonan berdasarkan maklumat yang tertera di akaun pengguna sistem MYeHALAL;

(9) Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah tidak dibenarkan membuat permohonan pertukaran pihak berkuasa berwibawa yang menguruskan permohonan SPHM;

(10) Permohonan bagi dapur berpusat di bawah skim produk makanan dan minuman serta skim premis makanan kategori premis makanan berangkai hendaklah diuruskan oleh JAKIM;

(11) Permohonan bagi dua (2) atau lebih premis makanan yang menggunakan jenama yang sama dan beroperasi di negeri yang berlainan hendaklah diuruskan oleh JAKIM;

(12) Pihak berkuasa berwibawa hendaklah berurusan secara terus dengan syarikat dan/ atau pemohon tanpa melalui pihak ketiga atau orang tengah seperti konsultan;

(13) Semakan permohonan hendaklah dijalankan setelah semua dokumen sokongan diterima oleh pihak berkuasa berwibawa dan tempoh semakan bergantung kepada jumlah produk atau menu dan premis yang dimohon;

(14) Bayaran fi hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja atau suatu tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa setelah menerima surat bayaran fi;

(15) Pembayaran fi yang lewat diterima oleh pihak berkuasa berwibawa akan menyebabkan permohonan tersebut ditolak dan syarikat dan/ atau pemohon hendaklah mengemukakan semula permohonan baharu;

(16) Sebarang penambahan produk, menu, premis makanan dan perkhidmatan serta perubahan pendaftaran syarikat hendaklah tidak dibenarkan setelah surat bayaran fi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berwibawa;

(17) Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah mendaftar akaun pengguna MYeHALAL dan mengemukakan permohonan baharu sekiranya berlaku perubahan pada pendaftaran syarikat;

(18) Pengauditan lapangan hendaklah dijalankan setelah bayaran fi diterima oleh pihak berkuasa berwibawa; dan

(19) Syarikat dan/ atau pemohon yang layak berdasarkan setiap skim Pensijilan Halal Malaysia yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

(a) Skim produk makanan dan minuman

  • Pengusaha atau pengeluar;
  • Pengusaha pembungkusan semula;
  • Pengusaha dapur berpusat; dan
  • Pemilik jenama.

(b) Skim produk kosmetik

  • Pengusaha atau pengeluar;
  • Pengusaha pembungkusan semula; dan
  • Pemilik jenama.

(c) Skim produk farmaseutikal

  • Pengusaha atau pengeluar;
  • Pengusaha pembungkusan semula; dan
  • Pemilik jenama.

(d) Skim premis makanan

  • Pengusaha hotel (dapur dan/ atau restoran);
  • Pengusaha restoran atau kafe;
  • Pengusaha kantin;
  • Pengusaha kedai bakeri;
  • Pengusaha premis makanan berangkai;
  • Pengusaha katering dan/ atau khidmat penyajian makanan;
  • Pengusaha dapur pusat konvensyen;
  • Pengusaha premis bergerak;
  • Pengusaha kafeteria di medan selera; dan
  • Pengusaha kiosk.

(e) Skim produk barang gunaan

  • Pengusaha atau pengeluar;
  • Pengusaha pembungkusan semula; dan
  • Pemilik jenama.

(f) Skim perkhidmatan logistik

  • Pengusaha pengangkutan (darat, laut dan udara);
  • Pengusaha penggudangan; dan
  • Pengusaha peruncitan.

(g) Skim rumah sembelihan

  • Pengusaha rumah sembelihan ayam atau lain-lain poltri atau arnab;
  • Pengusaha rumah sembelihan kambing, biri-biri, rusa, lembu, kerbau atau unta; dan
  • Pengusaha rumah sembelihan lain-lain haiwan halal (tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berwibawa).

(h) Skim pengilangan kontrak/ OEM(i) Pengilang; dan/ atau pengusaha pembungkusan semula bagi skim yang berikut:

  • Skim produk makanan dan minuman;
  • Skim produk kosmetik;
  • Skim produk farmaseutikal;
  • Skim produk barang gunaan;
  • Skim rumah sembelihan; dan
  • Skim produk peranti perubatan.

(i) Skim produk peranti perubatan

  • Pengusaha atau pengeluar;
  • Pengusaha pembungkusan semula; dan
  • Pemilik jenama.

PEMBAHARUAN.

(1) Permohonan SPHM hendaklah dilakukan secara dalam talian (online) melalui sistem MYeHALAL di www.halal.gov.my;

(2) Permohonan pembaharuan SPHM hendaklah dikemukakan seawal enam (6) bulan dan selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh SPHM;

(3) Permohonan pembaharuan SPHM yang telah tamat tempoh hendaklah dikategorikan sebagai permohonan baharu;

(4) Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah merujuk Prosedur 21 (5), ManualProsedur ini berkenaan keperluan pengisian borang permohonan MYeHALAL dan keperluan yang berikut;

  • Sebarang penambahan produk, premis makanan dan menu baharu hendaklah tidak dibenarkan; dan
  • Sebarang pengemaskinian maklumat berkaitan nama produk, jenama dan menu hendaklah mengemukakan makluman rasmi kepada pihak berkuasa berwibawa.

(5) Ringkasan bahan mentah atau ramuan hendaklah dikemukakan untuk memudahkan pengenalpastian perubahan dalam permohonan pembaharuan dan permohonan terdahulu; (Rujuk LAMPIRAN F)

(6) Permohonan yang tidak lengkap serta tidak mengikut skim dan kategori Pensijilan Halal Malaysia yang betul hendaklah ditolak oleh pihak berkuasa berwibawa;

(7) Permohonan hendaklah diuruskan oleh pihak berkuasa berwibawa berdasarkan skim Pensijilan Halal Malaysia dan alamat pengilang. Syarikatdan/atau pemohon boleh mengetahui pihak yang menguruskan permohonan berdasarkan maklumat yang tertera di akaun pengguna sistem MYeHALAL;

(8) Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah tidak dibenarkan membuat permohonan pertukaran pihak berkuasa berwibawa yang menguruskan permohonan SPHM;

(9) Permohonan bagi dapur berpusat di bawah skim produk makanan dan minuman serta skim premis makanan kategori premis makanan berangkai hendaklah diuruskan oleh JAKIM;

(10) Permohonan bagi dua (2) atau lebih premis makanan yang menggunakan jenama yang sama dan beroperasi di negeri yang berlainan hendaklah diuruskan oleh JAKIM;

(11) Dokumen sokongan yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa berwibawa (seperti yang dinyatakan di dalam sistem MYeHALAL pemohon) dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah borang permohonan MYeHALAL dihantar secara dalam talian (online);

(12) Bayaran fi hendaklah dijelaskan dalam 14 hari bekerja atau suatu tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa setelah menerima surat bayaran fi; dan

(13) Pengauditan lapangan hendaklah dijalankan setelah bayaran fi diterima oleh pihak berkuasa berwibawa.

PENAMBAHAN.

(1) Permohonan penambahan hendaklah terbuka kepada syarikat dan/ atau pemohon di bawah skim premis makanan bagi penambahan menu atau menu promosi sahaja;

(2) Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah mengemukakan permohonan penambahan menu atau menu promosi bagi premis makanan yang masih sah dan berkenaan sahaja;

(3) Permohonan SPHM hendaklah dilakukan secara dalam talian (online) melalui sistem MYeHALAL di www.halal.gov.my;

(4) Borang permohonanMYeHALAL hendaklah diisi dengan lengkap dan hendaklah menepati keperluan yang berikut:

  • Semua maklumat hendaklah diisi dengan tepat, terperinci, menyeluruh dan betul. Ini merangkumi maklumat syarikat, bahan mentah, pembekal, produk, menu, perkhidmatan dan lain-lain yang berkaitan;
  • Produk dan bahan mentah yang menggunakan kod hendaklah disertakan nama sebenar (bukan hanya trade name);
  • Nama produk dan menu yang dimohon hendaklah diisi sama seperti label pembungkusan atau senarai menu; dan
  • Nama produk atau menu dalam bahasa asing hendaklah diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan/ atau Bahasa Inggeris.

(5) Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikut skim Pensijilan Halal Malaysia yang betul hendaklah ditolak oleh pihak berkuasa berwibawa;

(6) Permohonan hendaklah diuruskan oleh pihak berkuasa berwibawa berdasarkan skim Pensijilan Halal Malaysia dan alamat pengilang. Syarikat dan/ atau pemohon boleh mengetahui pihak yang menguruskan permohonan berdasarkan maklumat yang tertera di akaun sistem MYeHALAL;

(7) Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah tidak dibenarkan membuat permohonan pertukaran pihak berkuasa berwibawa yang menguruskan permohonan SPHM;

(8) Dokumen sokongan yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa berwibawa dalam tempoh lima (5) hari bekerja atau suatu tempoh yang telah ditetapkan setelah borang permohonan MYeHALAL dihantarsecara dalam talian (online);

(9) Bayaran fi hendaklah dijelaskan dalam 14 hari bekerja atau suatu tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa setelah menerima surat bayaran fi;

(10) Pengauditan lapangan hendaklah dijalankan setelah bayaran fi diterima oleh pihak berkuasa berwibawa; dan

(11) Penggunaan senarai menu tambahan atau menu promosi yang telah diluluskan hendaklah tertakluk kepada SPHM premis makanan yang masih sah.

PENGGABUNGAN.

(1) Mana-mana permohonan penggabungan SPHM hendaklah diklasifikasikan sebagai permohonan baharu;

(2) Permohonan penggabungan SPHM yang masih sah atau baharu (jika berkaitan) hendaklah dibenarkan bagi kesemua skim Pensijilan Halal Malaysia kecuali skim pengilangan kontrak/ OEM dan skim perkhidmatan logistik;

(3) Permohonan penggabungan SPHM hendaklah dikemukakan dalam tempohenam

(6) bulan sebelum tamat tarikh pensijilan;

(4) Penggabungan SPHM hendaklah melibatkan kesemua produk atau menupada SPHM yang masih sah;

(5) Permohonan penggabungan SPHM hendaklah disertakan bersama surat iringan yang jelas menyatakan butiran permohonan terdahulu;

(6) Prosedur dan proses permohonan penggabungan SPHM hendaklahsebagaimana dinyatakan di bawah Prosedur 21, Manual Prosedur ini;

(7) SPHM yang masih sah hendaklah terbatal sekiranya permohonan penggabungan berkenaan diluluskan oleh pihak berkuasa berwibawa; dan

(8) SPHM yang telah dibatalkan hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa berwibawa.

PENGAUDITAN KECUKUPAN.

(1) Semua permohonan SPHM hendaklah dijalankan pengauditan kecukupan untuk menyemak dan menilai borang permohonan MYeHALAL serta dokumen sokongan yang diterima daripada syarikat dan/ atau pemohon adalah menepati keperluan prosedur Pensijilan Halal Malaysia;

(2) Pegawai pemeriksa yang menjalankan pengauditan kecukupan hendaklah berhak mendapatkan lain-lain maklumat berkaitan permohonan daripadasyarikat dan/ atau pemohon sekiranya difikirkan perlu;

(3) Pegawai pemeriksa yang menjalankan pengauditan kecukupan hendaklahberhak menangguhkan proses permohonan SPHM atau menolak permohonan SPHM sekiranya maklumat berkaitan permohonan SPHM tidak mencukupi;

(4) Tempoh masa pengauditan kecukupan hendaklah tertakluk kepada piagam pelanggan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa;

(5) Pegawai pemeriksa yang menjalankan pengauditan kecukupan hendaklah menyediakan laporan semakan dokumen berkaitan permohonan SPHM melalui sistem MYeHALAL;

(6) Pengauditan kecukupan boleh dilakukan oleh sekurang-kurangnya seorang (1) pegawai pemeriksa yang dilantik oleh pihak berkuasa berwibawa;

(7) Pihak berkuasa berwibawa hendaklah berkuasa menentukan pegawai pemeriksa bagi menjalankan pengauditan kecukupan dan pengauditan lapangan adalah pegawai yang sama atau sebaliknya; dan

(8) Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah memberikan sepenuh kerjasamakepada pegawai pemeriksa dalam proses pengauditan kecukupan.

PENGAUDITAN LAPANGAN.

(1) Pengauditan lapangan hendaklah merangkumi perkara yang berikut:

  • Mesyuarat pembukaan;
  • Semakan dokumen;
  • Pemeriksaan lapangan;
  • Penyediaan laporan; dan
  • Mesyuarat penutup.

(2) Pengauditan lapangan hendaklah dikendalikan oleh minimum dua (2) orang pegawai pemeriksa yang berkelayakan dalam:

  • Bidang hal ehwal Islam; dan/ atau
  • Bidang teknikal yang berkaitan.

(3) Pihak berkuasa berwibawa hendaklah berkuasa menetapkan bidang kelayakan pegawai pemeriksa yang ditugaskan menjalankan pengauditan lapangan tanpa terikat kepada keperluan Prosedur 28 (2), Manual Prosedur ini;

(4) Pihak berkuasa berwibawa hendaklah berkuasa melibatkan pihak ketiga seperti badan akreditasi dan pihak berkuasa lain semasa pengauditan lapangan dijalankan;

(5) Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah bersedia pada setiap masa untuk diaudit, menyediakan suatu bentuk pembentangan ringkas berkaitan permohonan SPHM serta menyediakan dokumen dan rekod yang diperlukan semasa pengauditan lapangan dijalankan;

(6) Pegawai pemeriksa hendaklah berhak menamatkan pengauditan lapangan sekiranya syarikat dan/ atau pemohon tidak memberikan kerjasama atau tidak bersedia untuk diaudit;

(7) Pegawai pemeriksa hendaklah berhak diberi akses kepada keseluruhan premis termasuklah:

  • Diberi hak menemuramah mana-mana pihak yang berkaitan; dan
  • Diberi hak mengambil gambar, salinan dokumen, sampel bagi tujuan pembuktian.

(8) Pegawai pemeriksa hendaklah mengemukakan salinan laporan pengauditan lapangan dan diserahkan kepada syarikat dan/ atau pemohon untuk simpanan dan tindakan lanjut;

(9) Pegawai pemeriksa yang menjalankan pengauditan lapangan hendaklah menyediakan laporan pengauditan lapangan berkaitan permohonan SPHM melalui sistem MYeHALAL;

(10) Kegagalan syarikat dan/ atau pemohon mematuhi prosedur pengauditanlapangan yang ditetapkan boleh menjejaskan permohonan SPHM; dan

(11) Pegawai pemeriksa hendaklah berhak mengesyorkan pembatalan permohonan sekiranya:

  • Syarikat dan/ atau pemohon tidak berminat untuk meneruskan permohonan SPHM;
  • Permohonan yang tidak menepati skim atau kategori permohonan Pensijilan Halal Malaysia;
  • Perubahan alamat lokasi premis;
  • Syarikat dan/ atau pemohon sudah tidak beroperasi di lokasi premis yang dinyatakan di dalam borang permohonan MYeHALAL;
  • Syarikat dan/ atau pemohon gagal memberikan kerjasama semasa pengauditan lapangan; dan
  • Lain-lain situasi yang difikirkan wajar oleh pegawai pemeriksa.

PENGAUDITAN SUSULAN.

(1) Pihak berkuasa berwibawa hendaklah berkuasa menetapkan pengauditan susulan atau semula bagi tujuan verifikasi ke atas syarikat dan/ atau pemohon selepas tindakan pembetulan dilaksanakan;

(2) Pihak berkuasa berwibawa hendaklah berkuasa mengarahkan pengauditan susulan atau semula dijalankan ke atas mana-mana permohonan SPHM;

(3) Pihak berkuasa berwibawa hendaklah berkuasa menentukan pegawai pemeriksa bagi menjalankan pengauditan lapangan susulan atau semula adalah pegawai yang sama atau sebaliknya;

(4) Prosedur pengauditan lapangan di bawah Prosedur 28, Manual Prosedur ini hendaklah terpakai bagi tujuan pengauditan susulan atau semula;

(5) Pengauditan susulan atau semula hendaklah dijalankan sekali sahaja bagi mana-mana permohonan SPHM; dan

(6) Pegawai pemeriksa yang menjalankan pengauditan lapangan hendaklah menyediakan laporan pengauditan lapangan susulan atau semula berkaitan permohonan SPHM melalui sistem MYeHALAL.

KETIDAKAKURAN.

(1) Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah mengemukakan maklum balas dan jawapan NCR kepada pegawai pemeriksa mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan;

(2) Maklum balas dan jawapan NCR hendaklah dikemukakan secara rasmi dengan memenuhi perkara-perkara yang berikut:

(a) Didokumenkan secara bertulis;

(b) Mengemukakan maklum balas secara terus, spesifik dan jelasberkaitan tindakan pembetulan yang telah dilaksanakan; dan

(c) Mengemukakan dokumen sokongan (seperti jadual, resit, sijil halal, invois dan lain-lain) dan bukti bergambar serta hendaklah ditandakan dengan teratur dan sistematik.

(3) Pegawai pemeriksa hendaklah menyediakan laporan berkaitan status NCR permohonan SPHM melalui sistem MYeHALAL; dan

(4) Pegawai pemeriksa hendaklah berhak mengesyorkan kepada Panel Pengesahan Halal Malaysia untuk menolak permohonan sekiranya pihak syarikat dan/ atau pemohon:

  • Gagal memberikan maklum balas dan jawapan NCR mengikut tempoh masa yang ditetapkan; atau
  • Memberikan maklum balas dan jawapan NCR palsu serta tidak memenuhi keperluan prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

JENIS PEMANTAUAN.

(1) Pihak berkuasa berwibawa hendaklah berkuasa menjalankan pemantauan ke atas semua pemegang SPHM mengikut kategori yang berikut:

  • Pemantauan berkala Pemeriksaan secara terancang dan berterusan dari semasa ke semasa ke atas pemegang SPHM bagi menilai kepatuhan terhadap prosedur Pensijilan Halal Malaysia serta perundangan dan peraturan berkaitan; dan
  • Pemantauan susulan Pemeriksaan ke atas pemegang SPHM yang tidak mematuhi prosedur Pensijilan Halal Malaysia berdasarkan pemantauanterdahulu

(2) Pemantauan hendaklah dijalankan oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang pegawai pemeriksa yang dilantik dan berkelayakan;

(3) Pihak berkuasa berwibawa hendaklah berkuasa melibatkan pihak ketiga seperti badan akreditasi dan pihak berkuasa lain bagi menjalankan tugas berdasarkan bidang kuasa yang ada semasa pemantauan dijalankan;

(4) Prosedur pemantauan yang dijalankan oleh pegawai pemeriksa hendaklah meliputi keseluruhan keperluan yang terkandung di dalam Manual Prosedur ini dan tidaklah hanya terhad kepada prosedur dan keperluan yang diperuntukan di bawah Bahagian VII Manual Prosedur ini;

(5) Pegawai pemeriksa hendaklah berhak menjalankan pemantauan tanpa pemakluman awal kepada pihak pemegang SPHM;

(6) Pegawai pemeriksa hendaklah berhak diberi akses kepada keseluruhan premis, dokumen dan termasuklah:

  • Diberi hak menemuramah mana-mana pihak yang berkaitan; dan
  • Diberi hak mengambil gambar, salinan dokumen, sampel bagi tujuan pembuktian.

(7) Pemegang SPHM hendaklah sentiasa bersedia dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pegawai pemeriksa ketika pemantauan dijalankan;

(8) Pegawai pemeriksa yang menjalankan pemantauan hendaklah mengemukakan salinan Notis Pemantauan Pensijilan Halal Malaysia atau Notis ketidakakuran Pensijilan Halal Malaysia atau Notis Penggantungan/ Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (yang mana berkaitan) kepada pemegang SPHM untuk simpanan dan/ atau tindakan lanjut;

(9) Pegawai pemeriksa yang menjalankan pemantauan hendaklah menyediakanlaporan pemantauan melalui sistem MYeHALAL; dan

(10) Pegawai pemeriksa hendaklah berhak mengesyorkan kepada Panel Pengesahan Halal Malaysia JAKIM atau MAIN/ JAIN untuk menarik balik SPHM sekiranya pemegang SPHM:

  • Gagal memberikan maklum balas dan jawapan NCR mengikut tempoh masa yang ditetapkan;
  • Memberikan maklum balas dan jawapan NCR yang tidak memenuhi keperluan prosedur Pensijilan Halal Malaysia; dan
  • Didapati melakukan ketidakakuran SERIUS berkaitan Syariah.

KATEGORI KETIDAKAKURAN.

(1) Ketidakakuran KECIL.

Pemegang SPHM yang didapati melakukan ketidakakuran teknikal seperti yang berikut adalah merupakan suatu ketidakakuran KECIL:

(a) Penukaran atau penambahan pengeluar atau pengilang ataupembekal bahan mentah sedia ada yang memiliki sijil halal yang sah tanpa memaklumkan secara bertulis kepada pihak berkuasa berwibawa;

(b) Penambahan bahan mentah bagi produk atau menu sedia ada yang berlainan dari senarai bahan mentah atau menu yang didaftarkan dalam sistem MYeHALAL;

(c) Ketidakakuran berkaitan dokumen dan rekod. (Contoh: resit pembelian bahan mentah dan rekod pengeluaran produk gagal dikemukakan);

(d) Ketidakakuran berkaitan kesihatan, kebersihan dan sanitasi pekerja dan pelawat. (Contoh: gagal mendapatkan suntikan vaksinasi anti tifoid, tiada rekod kursus pengendalian makanan, menyimpan barangan peribadi di kawasan pemprosesan dan merokok di tempat larangan);

(e) Ketidakakuran berkaitan GMP ke atas premis, persekitaran, sanitasi dan peralatan yang mendatangkan risiko rendah kepada keselamatan produk. (Contoh: bahan mentah atau produk siap diletakkan secara terus di lantai tanpa alas seperti pallet dan penggunaan tong sampah tidak bebas tangan);

(f) Ketidakakuran berkaitan latihan halal. (Contoh: pekerja tidak mengikuti latihan halal);

(g) Ketidakakuran berkaitan kemudahan dan kebajikan pekerja. (Contoh: kemudahan ruang solat tidak disediakan);

(h) Ketidakakuran berkaitan pertambahan premis yang telah dipersijilkan tanpa makluman kepada pihak berkuasa berwibawa. (Contoh: pertambahan lot yang melibatkan aliran pengeluaran (production line), gudang penyimpanan);

(i) Ketidakakuran berkaitan nama produk, menu, dan maklumat pembungkusan, pelabelan dan pengiklanan yang tidak sama seperti maklumat pada SPHM;

(j) Ketidakakuran berkaitan pemegang SPHM di bawah skim perkhidmatan logistik meliputi perubahan dan/ atau penambahan perkhidmatan atau aktiviti atau barangan, kontrak perjanjian bertulis, sistem pengesanan dan penandaan yang jelas;

(k)Ketidakakuran berkaitan kontrak atau perjanjian bertulis atau persetujuan bersama. (Contoh: kontrak antara pemilik jenama dan pengilang kontrak gagal dikemukakan);

(l) Ketidakakuran berkaitan premis, produk, menu dan perkhidmatan yang dimohon termasuk keperluan memohon semua produk dan menu mengikut skim Pensijilan Halal Malaysia dan dihasilkan secara konsisten. (Contoh: menu promosi tidak mendapat pengesahan halal dan produk yang dipersijilkan halal tidak pernah dihasilkan sepanjang tempoh sah laku SPHM); dan

(m) Ketidakakuran berkaitan kegagalan mematuhi MS, prosedur, peraturan dan pekeliling berkaitan yang hanya memberi kesan minimum kepada Pensijilan Halal Malaysia.

(2) Ketidakakuran BESAR.

Pemegang SPHM yang didapati melakukan ketidakakuran teknikal seperti yang berikut adalah merupakan suatu ketidakakuran BESAR:

(a) Ketidakakuran berkaitan bahan mentah atau ramuan yang selain daripada ketidakakuran KECIL dan ketidakakuran SERIUS. (Contoh: penambahan pembekal bahan mentah atau ramuan yang diragui status halal);

(b) Ketidakakuran berkaitan penggunaan atau penyalahgunaan SPHM dan/ atau logo Halal Malaysia. (Contoh: mempamerkan SPHM yang telah tamat tempoh);

(c) Ketidakakuran berkaitan GMP ke atas premis, persekitaran, sanitasi dan peralatan yang mendatangkan risiko tinggi kepada keselamatan produk. (Contoh: bahan mentah atau produk dicemari najis tikus);

(d) Ketidakakuran berkaitan alat dan unsur penyembahan di kawasan pemprosesan. (Contoh: tokong berhala ditempatkan di kawasan dapur hotel);

(e) Ketidakakuran berkaitan peralatan dan perkakasan yang boleh memberi implikasi negatif kepada Pensijilan Halal Malaysia. (Contoh:penggunaan gelas minuman yang berlabel jenama minuman keras);

(f) Ketidakakuran berkaitan Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS)yang tidak berkesan dan tidak memuaskan; (Contoh: prosedur kawalan bahan mentah tidak dipatuhi);

(g) Ketidakakuran berkaitan melanggar perundangan dan peraturan pihak berkuasa yang berkaitan. (Contoh: premis tidak memiliki lesen yang sah daripada PBT);

(h) Ketidakakuran berkaitan Eksekutif Halal, Penyelia Halal dan pekerja Muslim termasuklah penyembelih dan pemeriksa halal. (Contoh: bilangan pekerja Muslim tidak memenuhi keperluan Pensijilan Halal Malaysia);

(i) Ketidakakuran berkaitan penggunaan nama syarikat, produk, menu, jenama, label yang merujuk kepada produk tidak halal atau sinonim atau menyerupai produk tidak halal atau apa-apa istilah mengelirukan dan menyebabkan kebarangkalian berlaku penyelewengan akidah, khurafat dan penipuan. (Contoh: penggunaan nama produk bak kut teh dan produk air jampi);

(j) Ketidakakuran berkaitan pelabelan termasuklah perkataan, lambang, ilustrasi, istilah atau nama yang menyalahi Hukum Syarak pada pembungkusan atau pelabelan;

(k) Ketidakakuran berkaitan mekanisme kawalan bagi tempat tinggal pekerja, makanan dan minuman pekerja dan lain-lain unsur yang boleh menyebabkan pencemaran kepada produk yang dipersijilkan halal;

(l) Ketidakakuran berkaitan rekod operasi sembelihan. (Contoh: syarikat gagal menyediakan rekod sembelihan tidak sempurna);

(m) Ketidakakuran berulang melebihi dua (2) kali daripada mana-mana pemeriksaan Pensijilan Halal Malaysia. (Contoh: syarikat melakukan ketidakakuran KECIL berturut-turut dan berulang kali);

(n) Ketidakakuran berkaitan kegagalan mematuhi arahan tindakan pembetulan ketidakakuran KECIL yang diarahkan oleh pihak berkuasa berwibawa;

(o) Ketidakakuran berkaitan kerjasama pihak syarikat semasa pengauditan atau pemantauan Pensijilan Halal Malaysia. (Contoh: menghalang pegawai pemeriksa daripada memasuki kawasanpemprosesan); dan

(p) Ketidakakuran berkaitan kegagalan mematuhi MS, prosedur, peraturan dan pekeliling berkaitan yang memberi kesan ketarakepada Pensijilan Halal Malaysia.

(3) Ketidakakuran SERIUS.

Pemegang SPHM yang didapati melakukan ketidakakuran berbentuk syariah dan teknikal seperti yang berikut adalah merupakan suatu ketidakakuran SERIUS:

(a) Ketidakakuran berkaitan Syariah:

  • Ketidakakuran berkaitan pengesahan status tidak halalterhadap sesuatu bahan mentah atau ramuan, produk, menu, perkhidmatan, peralatan dan lain-lain yang berkaitan oleh pihak berkuasa berwibawa dan/ atau badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf;
  • Ketidakakuran berkaitan penggunaan, pengendalian, penyimpanan, dan percampuran bahan tidak halal meliputi bahan mentah, produk, menu, perkhidmatan, premis, peralatan dan perkakasan, produk dagangan (trading product) dan lain-lain;
  • Ketidakakuran berkaitan membawa masuk makanan dan minuman termasuklah bahan mentah, produk dan lain-lain yang tidak halal ke premis yang dipersijilkan halal;
  • Ketidakakuran berkaitan pengendalian proses pelalian(stunning) yang menyebabkan kematian kepada haiwan atau hilangnyahayahal-mustaqirrah; dan
  • Ketidakakuran berkaitan memproses haiwan yang tidak sempurna sembelihan atau tidak mati dengan sempurna sebagai produk yang dipersijilkan halal.

(b) Ketidakakuran berkaitan teknikal:

  • Ketidakakuran berkaitan perubahan pengurusan dan nama syarikat tanpa makluman kepada pihak berkuasa berwibawa;
  • Ketidakakuran berkaitan memproses haiwan yang tidak sempurna sembelihan atau tidak mati dengan sempurna sebagai produk yang dipersijilkan halal;
  • Ketidakakuran berkaitan pemalsuan atau penyelewengan atau mengubahsuai maklumat yang terdapat pada SPHM dan/ atau logo Halal Malaysia;
  • Ketidakakuran berkaitan alat pelalian(stunning) diselia oleh pekerja bukan Muslim;
  • Ketidakakuran berkaitan penyembelih dan/ atau pemeriksa halal tidak mempunyai Tauliah Penyembelih yang sah atau tamat tempoh;
  • Ketidakakuran berkaitan menggunakan bahan terlarang atau menyalahi mana-mana perundangan dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
  • Ketidakakuran berkaitan kegagalan mematuhi arahan tindakan pembetulan ketidakakuran BESAR.

TINDAKAN.

(1) Pihak berkuasa berwibawa hendaklah berkuasa menetapkan tindakan ke atas pemegang SPHM yang didapati gagal mematuhi prosedur Pensijilan Halal Malaysia;

(2) Tindakan yang berikut boleh dikenakan ke atas pemegang SPHM:

  • Pengeluaran Notis Ketidakakuran Pensijilan Halal Malaysia;
  • Penggantungan SPHM;
  • Penarikan balik SPHM;
  • Pembekuan akaun MYeHALAL; atau
  • Makluman status syarikat kepada umum.

(3) Mana-mana syarikat pemegang SPHM yang didapati melakukan ketidakakuran KECIL, hendaklah dikenakan tindakan seperti yang berikut:

  • Dikeluarkan Notis Pemantauan Pensijilan Halal dan Notis ketidakakuran Pensijilan Halal Malaysia;
  • Diberikan amaran untuk pembetulan dibuat serta merta atau dalam tempoh 14 hari atau mana-mana tempoh lain yang difikirkan wajar;
  • Dijalankan pemantauan susulan atau semula selepas tamat tempoh yang ditetapkan (jika perlu);
  • Dikeluarkan Notis Penggantungan/ Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia sekiranya gagal melaksanakan tindakan pembetulan dalam tempoh yang diarahkan;
  • SPHM akan digantung serta merta;
  • Status SPHM milik syarikat akan ditentukan oleh Panel Pengesahan Halal; dan
  • Pihak berkuasa berwibawa boleh menyenaraikan syarikat yang digantung atau ditarik balik SPHM di dalam Portal Rasmi Halal Malaysia dan/ atau membekukan akaun syarikat untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) bulan melalui sistem MYeHALAL.

(4) Mana-mana syarikat pemegang SPHM yang didapati melakukan ketidakakuran BESAR, hendaklah dikenakan tindakan seperti yang berikut:

  • Dikeluarkan Notis Pemantauan Pensijilan Halal Malaysia, Notis Ketidakakuran Pensijilan Halal Malaysia dan Notis Penggantungan/ Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia;
  • SPHM digantung serta merta;
  • Diberikan amaran untuk pembetulan dibuat serta merta atau dalam tempoh 14 hari atau mana-mana tempoh lain yang difikirkan wajar;
  • Laporan penggantungan SPHM dikemukakan kepada Panel Pengesahan Halal untuk keputusan muktamad sama ada: Perlu dibuat pemantauan susulan atau semula; SPHM dikembalikan semula; atau SPHM ditarik balik.
  • Pihak berkuasa berwibawa boleh menyenaraikan syarikat yang digantung atau ditarik balik SPHM di dalam Portal Rasmi Halal Malaysia dan/ atau membekukan akaun syarikat untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) bulan melalui sistem MYeHALAL.

(5) Mana-mana syarikat pemegang SPHM yang didapati melakukan ketidakakuran SERIUS, hendaklah dikenakan tindakan seperti yang berikut:

  • Dikeluarkan Notis Pemantauan dan Notis Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia;
  • SPHM ditarik balik serta merta;
  • Laporan penarikan balik SPHM dikemukakan kepada Panel Pengesahan Halal untuk keputusan muktamad;
  • Pihak berkuasa berwibawa boleh menyenaraikan syarikat yang ditarik balik SPHM di dalam Portal Rasmi Halal Malaysia dan/ atau membekukan akaun syarikat untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) bulan melalui sistem MYeHALAL; dan
  • Mana-mana dapur berpusat yang ditarik balik SPHM disebabkan oleh ketidakakuran SERIUS, maka semua premis makanan yang berkaitan hendaklah ditarik balik SPHM.

(6) Pemegang SPHM yang dikenakan tindakan penggantungan atau penarikanbalik SPHM hendaklah DILARANG menggunakan logo Halal Malaysia dan sebarang ungkapan atau label halal; dan

(7) Pihak berkuasa berwibawa boleh meneruskan sebarang bentuk tindakan mengikut perundangan dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya difikirkan perlu.

PENGELUARAN SIJIL.

(1) JAKIM hendaklah berkuasa mengeluarkan SPHM berdasarkan senarai kelulusan yang diputuskan secara rasmi oleh Panel Pengesahan Halal Malaysia; (Rujuk LAMPIRAN G)

(2) Senarai syarikat dan/ atau pemohon yang berjaya dalam proses permohonan SPHM hendaklah dikeluarkan SPHM dalam tempoh masa lima (5) hari bekerja atau suatu tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa setelah Panel Pengesahan Halal Malaysia membuat keputusan;

(3) SPHM hendaklah dikeluarkan berdasarkan maklumat permohonan yang dinyatakan melalui sistem MYeHALAL dan perlulah direkodkan;

(4) Pihak berkuasa berwibawa hendaklah berkuasa menentukan kaedah pengeluaran SPHM sama ada secara cetakan manual atau digital;

(5) Pengeluaran SPHM hendaklah mematuhi prosedur, memenuhi ciri-ciri keselamatan dan kerahsiaan pada sijil tersebut; dan

(6) SPHM hendaklah diserahkan kepada syarikat dan/ atau pemohon melalui serahan tangan atau pos berdaftar.

TEMPOH SAH LAKU.

(1) Pihak berkuasa berwibawa hendaklah berkuasa menentukan tempoh sah laku SPHM yang dikeluarkan kepada syarikat dan/ atau pemohonberdasarkan skim Pensijilan Halal Malaysia yang ditawarkan;

(2) Syarikat dan/ atau pemohon yang lulus permohonan SPHM hendaklah dikeluarkan SPHM untuk tempoh yang berikut:

  • Satu (1) tahun bagi permohonan di bawah skim rumah sembelihan;
  • Dua (2) tahun bagi permohonan di bawah skim produk makanan dan minuman dan skim premis makanan;
  • Tiga (3) tahun bagi permohonan di bawah skim produk kosmetik, skim produk farmaseutikal, skim produk barang gunaan, skim perkhidmatan logistik, skim pengilangan kontrak/ OEM dan skim produk peranti perubatan; dan
  • Dua (2) tahun bagi permohonan syarikat dan/ atau pemohon yang berdaftar di luar negara dan menjalankan perusahaan, pengeluaran di dalam negara.

(3) Tanpa terikat dengan “Butiran (2) – Tempoh Sah Laku”, pihak berkuasa berwibawa hendaklah berkuasa menetapkan tempoh sah laku lima (5) tahun bagi permohonan syarikat dan/ atau pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan yang berikut:

  • Pemegang SPHM sekurang-kurangnya lima (5) tahun;
  • Komited dalam mematuhi prosedur dan peraturan Pensijilan Halal Malaysia;
  • Tiada ketidakakuran dikesan (termasuklah dalam aspek kebersihan) semasa pengauditan dan pemantauan;
  • Tidak pernah dikenakan tindakan berkaitan dengan kawalan halal; dan
  • MHMS dilaksanakan dengan berkesan.

(4) Syarikat dan/ atau pemohon berhak menolak tawaran tempoh sah laku lima (5) tahun SPHM.